SUTRA SHOPPE Shah Alam kini dibuka dengan rasminya

Syukur alhamdulillah di atas limpah kurnia-Nya, SUTRA SHOPPE Shah Alam telah dapat disempurnakan kewujudannya di awal tahun baru 2017 dan telah dirasmikan pembukaannya pada 7 Januari 2017 oleh Pn Nora Mohamed, Senior Vice President Biotechcorp. Semoga ramai yang akan beroleh manfaat dengan adanya Kedai Aromaterapi, Wangian dan Penjagaan Diri ini. Tahun ini masuk tahun ke 9 saya menggunakan dan mempromosikan SUTRA.

 

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada yang berusaha Pengarah Urusan Tropical Bioessence Sdn Bhd dan merupakan pengasas SUTRA En Mohd Khairil Said di atas sokongan dan dorongan yang diberi selama ini. Terima kasih juga kerana menganggap kelahiran SUTRA SHOPPE Shah Alam ini sebagai hadiah sempena 10 tahun TBE tahun ini.

Terima kasih kepada suami yang tidak pernah putus memberi dorongan dan keizinan kepada saya menceburi bidang yang amat saya minati, En Sikh Shamsul Ibrahim dan anak-anak, emak, abah dan adik-adik, rakan-rakan serta para pengedar… walaupun tidak dapat hadir, doa kalian telah mengiringi majlis dan semuanya telah berjalan lancar. Cuaca pun redup, syukur alhamdulillah.

Kepada para tetamu yang hadir semoga semuanya berpuashati, mohon maaf jika ada kekurangan di pihak kami. Khas untuk para Stokis dan Ejen yang datang bukan sahaja untuk memeriahkan majlis malah membantu menguruskan semuanya dari awal hingga akhir, terima kasih banyak-banyak hanya Allah yang akan membalasnya. Insyaallah akan ada banyak lagi aktiviti yang akan kita lakukan di SUTRA SHOPPE Shah Alam. Terima kasih Pn Gee Roselee Stokis Klang, Pn Marlia Nazman Stokis Sri Damansara, Pn Farehah Adnan Stokis TTDI Jaya, Pn-iena Mf Stokis Puchong, Pn Arnydah Aziz Stokis Putrajaya, Pn Nor Harisah Mat Daud Stokis Nilai, Pn Rafiza Rashid Stokis Kuala Kedah, Pn Nurul Izyani Ismail Stokis Ipoh, Pn Dg Marivelle Amirul Stokis Masai, Cik Munawirah Mohamad Moona Moon Stokis Merlimau, Pn Rozalina Sabar dan Pn Aleeza Anggun Stokis Bangi, Pn Mariah Nawi, Pn Saliza Stokis Subang Bestari dan Pn Sharifah Zahira DC/SUTRA SHOPPE Seremban 2.

Terima kasih juga para ejen yang hadir Pn Siti Hasni, Pn Siti Noraizan, Pn Ida Mawar Pn Azlynn Tukiran, Pn Hermayanti Hairoman, Pn Huzaimah Abd Hamid dan Pn Farah Munji.

Kepada keluarga yang turut hadir membantu untuk kelancaran majlis terima kasih diucapkan kepada adik ipar En Nizam Busu Tapah dan isteri Pn Suzuliana Saruji, abang ipar En Azmi Sam dan isteri Pn Huzaimah, pak cik dan sepupu yang menguruskan PA System Tn Hj Hamdan Jali dan Am. Terima kasih juga kepada adik yang seorang ini selalu memberi sokongan dan kritik membina Pn Rahayu Ramdzan dan mak saudara Pn Salsah Bariman. Tidak lupa kepada Pn Mokhriza Mahmood di atas kiriman bunga.

Semoga TBE dan SUTRA terus maju dan berjaya hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Amin.

#sutramemangbest
#sutrashoppeshahalam