Pertemuan Bersejarah Pengasas, Distributor Centre, Stokis dan Ejen SUTRA

Kami

Selama ini kami hanya bertegur sapa di media sosial Facebook, Twitter dan Instagram atau chatting di Whatsapp dan Telegram, tetapi program Pelancaran SUTRA Shoppe dan Majlis Rumah Terbuka SUTRA tempohari telah menemukan kami secara live!. Pertemuan penuh bermakna di antara Pengasas,¬†Distributor Centre, Stokis dan Ejen SUTRA dari seluruh Malaysia termasuk saya dari Singapura ini adalah julung kali di adakan. Kali ini saya korbankan masa hujung minggu saya, tinggalkan suami dan anak-anak sebentar dan terbang ke Shah Alam untuk bertemu mereka. Terutama pengasas SUTRA iaitu En Mohd Khairil Said, lebih 5 tahun kami tidak berjumpa sejak saya berhijrah ke US dulu. Begitu juga dengan stokis terawal saya iaitu Pn Rokiah Abd Wahab. Hampir mengalir air mata saya tempohari kerana selain dapat berjumpa semula dua insan ini ada seorang lagi iaitu Pn Marina atau Pn Iena. Pada tahun 2008 adalah kali terakhir kami berjumpa semasa gathering Forum Wanita Niaga, bermakna lebih 7 tahun kami tidak bertemu mata. Saat paling manis pula adalah saya dapat berkumpul dengan semua Ejen dan Stokis baru kesayangan saya iaitu Pn Rafiza dari Kedah, Pn Aty dari Pahang, Pn Marivelle dari Johor Bahru, Pn Hasna dari Cheras, Pn Noraizan dari Senawang, Pn Anna dari Nilai, Pn Hajar dari Puchong dan En Saiful dari Kajang. Terima kasih di atas kesudian anda datang dari jauh bersama keluarga, saya sungguh terharu malah terkedu pada awalnya hingga tidak lalu makan ūüôā (macam mimpi mungkin Allah izinkan saya bertemu mereka semua serentak!). Sebenarnya ramai lagi Ejen dan Stokis yang ingin hadir tetapi atas kekangan mereka tidak dapat bersama walaubagaimanapun saya tetap mengingati mereka. Semoga di lain ketika kita dapat bersua jua. Insyaallah.

Selain itu, saya juga dapat mengenali lebih dekat lagi barisan DC, Stokis dan Ejen baru SUTRA yang di luar dari kumpulan Wanita Niaga. malah mereka ada yang begitu teruja untuk mengenali saya. Segan pula rasanya, saya bukanlah hebat sangat cuma insan biasa yang masih sudi dan akan terus berkongsi ilmu yang sedikit ini selagi hayat dikandung badan. Syukur alhamdulilah dan terima kasih SUTRA di atas silaturrahim ini. Semoga kejayaan dan keredhaan Allah terus mengiringi kami. Amin.

Saya lah

SI dia