SUTRA Gout Away Massage Oil

Gout ada salah satu arthritis yang disebabkan oleh inflamasi pada sendi dan sistem tulang dan kebanyakannya berlaku pada lelaki yang berumur antara 30-60 tahun. Ianya berlaku dengan tiba-tiba dan teramat sakit, kemerahan dan bengkak pada sendi, dan kebanyakannya boleh dilihat dengan kewujudan bonggol besar pada jari (seperti dalam gambar).

GOUT AWAY
Simpton ini terjadi apabila Asid Urik, iaitu bahan kumuh yang terhasil dari sejenis protein yang dipanggil purin tidak dibuang dengan sempurna oleh sistemperkumuhan. Akibatnya berlaku lebihan dan pengumpulan asid urik dalam bentuk jarum kristal di dalam sendi. Jarum Kristal ini juga boleh menyebabkan batu karang. Gout boleh menyebabkan kerosakan kekal pada sendi dan buah pinggang dan ini boleh berlarutan dalam jangka masa yang sangat lama.GOUT AWAY2
Bagaimana Minyak Pati mampu menjadi alternatif kepada ubat moden dalam membantu dalam masalah gout ini. SUTRA telah mengambil langkah proaktif dengan menghasilkan produk aromaterapi yang diberi nama SUTRA Gout Away Massage oil yang menggunakan minyak pati Rosemary dan Juniper berry sebagai bahan aktif. Berikut adalah sebab mengapa SUTRA mengunakan dua jenis minyak pati ini.

Rosemary (Rosemarinus officinalis): Mempunyai Asid Rosmarinik yang bertindak sebagai anti-radang (anti-inflammatory), Dengan saiz molekul yang halus, ianya mudah menembusi dan memasuki badan sekaligus meransang aliran dan peredaran darah. Aliran dan peradaran yang bagus membantu dalam melegakan bengkak dan keradangan akibat jarum kristal. Aromanya juga mampu untuk melegakan sistem saraf dan tekanan perasaan akibat gout.

Juniper berry (Juniperus communis) : Sangat terkenal sebagai agent pembuang toxin (detoxifying agent) dari dalam badan. Juniper berry akan membantu membuang lebihan air dan membantu dalam merawat masalah salur kencing ini sekaligus membantu sistem perkumuhan dalam mencerna asid urik dengan sempurna.

Sumber : En Mohd Khairil Said, Tropical Bioessence Sdn Bhd