SUTRA ARTHRITIS FREE (AF)

ARTHRITIS FREE

KEISTIMEWAAN SUTRA ARTHRITIS FREE (AF)

Arthritis bermaksud Kesakitan yang disebabkan oleh Keradangan (Inflammatory) dan Kekakuan (Stifness) sendi. Terdapat beberapa jenis arthritis tetapi yang biasanya berlaku adalah Osteoarthritis dan Rheumatoid Arthritis yang kedua-dua disebabkan oleh keradangan pada sendi. Keradangan ini boleh dikurangkan dengan penggunaan minyak pati (essential oils). Minyak pati boleh meredakan kesakitan tetapi tidak boleh mengembali atau menyembuhkan jika sendi sudah mengalami kerosakan pada strukturnya.

af
Minyak pati yang sesuai digunakan di dalam meredakan kesakitan ini ada minyak pati yang mempunyai ciri-ciri analgesik dan anti-keradangan (anti-inflammatory). Jika di lihat kandungan minyak pati yang digunakan dalam SUTRA Arthritis Free adalah:

Melaleuca Cajeputi (Cajeput): Mengandungi komponen fitokimia iaitu Cineole yang memberikan kesan kehangatan pada permukaan kulit dan kerengsaan, sekaligus meredakan kesakitan pada bawak kulit

Lavandula augustifolia (Lavender) : Merupakan minyak pati yang sangat mujarab untuk meredakan kesakitan dan menenangkan. Mempunyai ciri-ciri anti-keradangan, antimikrobial dan sedatif.

Mentha arvhensis (Peppermint): Mempunyai ciri-ciri anti keradangan dan mengandungi komponen fitokimia iaitu Menthol yang meransang proses penyejukan (cool) dan kelegaan pada sendi.

Cymbopogon citratus (Lemongras/Serai Makan): Mempunyai ciri-ciri anti-keradangan dengan merencatkan aktiviti enzim cyclooxygenase-2, iaitu enzim yang terlibat dalam keradangan yang menyebabkan kesakitan pada sendi.

Show Buttons
Hide Buttons