THE TRAVELLER SET dikeluarkan bersempena Syawal 

SUTRA “THE TRAVELLER” SET

Mengharungi perjalanan yang agak panjang ketika bekerja di luar kawasan atau pulang ke kampung ketika bercuti pasti membuatkan fizikal dan minda agak penat dan kurang bertenaga. Sedikit sebanyak emosi dan fikiran akan terganggu apabila seseorang tidak dapat mengawal perasaan tersebut. Ini akan membuatkan seseorang lebih cenderung kepada kurang fokus, tidak bersemangat, sentiasa berasa lemah dan tidak bertenaga, tidak dapat mengawal perasaan seperti cepat marah, sensitif, pendiam dan pasif. Sekiranya tidak dikawal, pastinya ianya akan menjejaskan kehidupan seharian.

✅ Memahami mereka yang sering melalui perjalanan yang agak jauh dan panjang, SUTRA yang merupakan Jenama Nombor 1 dalam mengeimbangi fizikal, minda dan emosi mengeluarkan 4 jenis produk dalam 1 set yang dinamakan “THE TRAVELLER” yang berbeza namun efektif untuk mengimbangi kekurangan tersebut serta membantu menjadikan perjalanan anda lebih menyeronokkan!.

Didatangkan dengan 4 produk yang berlainan bersaiz mini 10ml setiap satu bagi membantu memberi rasa kesegaran serta mengekalkan ‘mood’ positif sepanjang hari. Bersaiz mini, mudah dibawa, ringan serta boleh dibawa menaiki pesawat menjadikan ianya satu set yang sangat tepat bagi mereka yang ingin bercuti dan melakukan perjalanan yang jauh.

▶️ FOCUS ‘Aromatherapy Roller Ball’ merupakan satu formulasi sempurna bagi menyegarkan minda dan fikiran agar lebih fokus. Sangat ideal bagi mereka yang ingin menelaah pelajaran dan juga fokus dalam bekerja terutama bagi pemandu-pemandu yang sering berada dalam perjalanan yang agak panjang. Diformulasi dari Pati minyak Sunflower, Grape seed, Grapefruit, Basil, Lemon, Rosemary dan Peppermint.

▶️ ENERGY didatangkan dengan bentuk Roller Ball juga adalah satu produk terbaik bagi mengekalkan serta meningkatkan tenaga fizikal dan minda anda agar sentiasa positif dan bersemangat. Diformulasi khas dari Pati minyak Sunflower, Grape seed, Eucalyptus, Peppermint dan Cajeputi.

▶️ AWAKEN juga didatangkan dalam bentuk Roller Ball khas untuk membantu memberi rasa kelegaan bagi mereka yang sering berasa pening, mual dan loya serta mabuk ketika berada dalam perjalanan yang jauh, mengalami mabuk laut dan mabuk ketika berada di kawasan yang tinggi. Sapukan di belakang leher atau di pergelangan tangan dan urut perlahan-lahan. Dicipta khas dari Pati minyak Sunflower, Grape Seed, Lemon, Orange, Grape fruit, Citrus Lime dan Bergamot.

▶️ A’VERA kali ini istimewa dari yang lain kerana dikeluarkan dalam bentuk spray. Ianya merupakan pelembap kulit semulajadi terbaik saat anda terdedah dengan cuaca yang panas. Menyegarkan serta melindungi kulit kering akibat terhidrasi. Mudah digunakan, hanya sembur di permukaan kulit dan sapu sehingga meresap. Terdiri daripada Aloevera, Watermelon, Cucumber, Tea Tree, Vitamin E dan Peppermint Oil.

👇

Produk ini boleh didapati di rangkaian SUTRA Shoppe Seremban, SUTRA Shoppe Shah Alam, SUTRA Shoppe Subang serta di seluruh pengedar yang berdekatan. 

▶️ Dapatkan juga informasi terkini di ruangan facebook dan Instagram sutrashoppeofficial atau sutrashoppeshahalam atau hubungi 03-55233181/011-32950525 untuk keterangan lanjut atau hubungi para pengedar berdekatan anda.

SUTRA SHOPPE Shah Alam kini dibuka dengan rasminya

Syukur alhamdulillah di atas limpah kurnia-Nya, SUTRA SHOPPE Shah Alam telah dapat disempurnakan kewujudannya di awal tahun baru 2017 dan telah dirasmikan pembukaannya pada 7 Januari 2017 oleh Pn Nora Mohamed, Senior Vice President Biotechcorp. Semoga ramai yang akan beroleh manfaat dengan adanya Kedai Aromaterapi, Wangian dan Penjagaan Diri ini. Tahun ini masuk tahun ke 9 saya menggunakan dan mempromosikan SUTRA.

 

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada yang berusaha Pengarah Urusan Tropical Bioessence Sdn Bhd dan merupakan pengasas SUTRA En Mohd Khairil Said di atas sokongan dan dorongan yang diberi selama ini. Terima kasih juga kerana menganggap kelahiran SUTRA SHOPPE Shah Alam ini sebagai hadiah sempena 10 tahun TBE tahun ini. Continue reading “SUTRA SHOPPE Shah Alam kini dibuka dengan rasminya”

Temui dan kenali produk SUTRA di MAHA 2016

Pameran MAHA 2016 kini kembali!

SUTRA SHOPPE juga akan berada di sana. Pastikan anda ke Hall C, B01 dan B02 untuk dapatkan pelbagai produk SUTRA pada harga promosi. Bukan itu sahaja terdapat banyak pertandingan yang akan diadakan di antaranya adalah Pertandingan Teka Silang Kata, Pengunjung Bertuah, Happy Hour 15%, Pertandingan Mewarna, Selfie Paling Kreatif dan banyak lagi.

Jumpa di sana! poster poster1

SUTRA semburan pelbagai guna.

Semburan pelbagai guna

Semburan pelbagai guna

Mohd Khairil bersama produk semburan aromaterapi pelbagai guna jenama Sutra.

DAUN  pandan selalunya menjadi tumpuan apabila tibanya majlis perkahwinan kerana dijadikan bunga rampai sebagai wangian disebabkan harumannya yang tahan lama.

Daun itu juga menjadi antara komponen penting dalam masakan seperti nasi lemak, pengat dan kuih-muih sebagai penambah aroma, selain digunakan untuk menghalau serangga, menghilangkan bau hapak di dalam almari dan bau yang kuat, seperti durian.

Melihat keperluan itu, ia memberikan ilham kepada penyelidik, yang juga Pengarah Urusan Tropical Bioessence Sdn Bhd, Mohd Khairil Said, mencipta produk berasaskan daun pandan dikenali sebagai semburan aromaterapi pelbagai guna, Tropical Pandan, menerusi jenama Sutra.

“Kita sedar, daun pandan sukar ditemui di bandar-bandar besar. Menerusi semburan aromaterapi pelbagai guna, Tropical Pandan, ia memudahkan pengguna kerana inovasi yang dilakukan melalui pengekstrakan daun pandan, sebelum dibotolkan dan digunakan,” katanya.

Mohd Khairil mengambil masa dua tahun, bermula 2008, untuk mengekstrak daun pandan kepada pati pandan yang kekal harumannya.

“Berdasarkan kaedah penyulingan atau pengekstrakan biasa sebagai contoh, bunga, kita boleh dapat minyak keluar, tetapi ekstrak daun pandan pula lain kerana ia berasaskan air menjadikan ia sukar diekstrak bagi mendapatkan patinya.

“Banyak kali kami cuba, dengan pelbagai kaedah pengekstrakan. Pernah suatu masa, pati pandan yang terhasil, tidak wangi seperti daun pandan. Rupa-rupanya, masa penuaian mengambil peranan dalam hal ini. Masa terbaik menuai daun pandan adalah pada waktu pagi, sebelum matahari terbit,” katanya.

Beliau akhirnya berjaya mengekstrak daun pandan menggunakan bioteknologi pada 2010.

“Setakat ini, tiada lagi pihak mengekstrak daun pandan guna bioteknologi seperti yang kami lakukan. Selepas itu, kami simpan pati ini selama dua tahun untuk menguji kestabilan pati dari segi perubahan warna dan bau pati pandan.

“Bagi menghasilkan semburan ini, sekali lagi kami terpaksa melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D), bagi menghilangkan warna hijau, tetapi mengekalkan harumannya. Ia bukan suatu perkara yang mudah untuk dilakukan,” katanya.

Mudah dibawa

Pada November 2013, semburan aromaterapi pelbagai guna, Tropical Pandan jenama Sutra mula dijual di pasaran.

Menariknya, semburan aromaterapi itu mempunyai pelbagai fungsi, bukan sahaja sebagai penyegar udara untuk nyah bau dan beri kesegaran, atau penghalau serangga, malah ia juga digunakan sebagai wangian fabrik.

Ia juga sesuai digunakan untuk membersihkan permukaan meja dan kaca, selain membantu kekemasan pakaian ketika diseterika.

Mohd Khairil berkata, produk itu boleh digunakan di dalam rumah, pejabat, mahupun kenderaan.

“Semburan ini juga boleh digunakan sebagai tambahan haruman bunga rampai yang digunakan semasa majlis perkahwinan, menggantikan daun pandan.

“Produk ini juga ringkas, mudah dibawa dan boleh digunakan bila-bila masa, sesuai dengan konsep jenama Sutra, yang dicipta bagi menghilangkan stres mengimbangi fizikal, mental dan emosi dalam kehidupan seharian, berasaskan wangian,” katanya.

Menurutnya, semburan aromaterapi Tropical Pandan itu menggunakan sepenuhnya pati pandan, dicampurkan dengan air dan pelarut, menjadikan harumannya kekal seperti daun pandan yang asli.

“Bagi menghasilkan 1 kilogram (kg) pati pandan, ia memerlukan 125 hingga 150 kg daun pandan. Dengan 1 kg pati pandan ini, ia mampu menghasilkan 1,000 botol semburan aromaterapi Tropical Pandan,” katanya.

Permintaan tinggi

Disebabkan penggunaannya pelbagai, semburan aromaterapi Tropical Pandan jenama Sutra menerima permintaan tinggi di pasaran.

Mohd Khairil berkata, setiap minggu, kira-kira 5,000 botol produk itu terjual di pasaran di negara ini, selain Singapura dan Brunei.

“Kami menjualnya menerusi 375 stokis dan ejen yang dilantik. Selain itu, kami juga mempunyai sebuah kedai dikenali sebagai Sutra Shoppe di Seremban 2, Negeri Sembilan.

“Kami bakal buka dua lagi cawangan Sutra Shoppe di Shah Alam, Selangor dan Johor tidak lama lagi bagi meluaskan pasaran produk ini dan produk jenama Sutra lain,” katanya.

Semburan aromaterapi pelbagai guna Tropical Pandan itu dijual pada harga RM20 sebotol, mengandungi 200 mililiter.

Selain semburan pandan, jenama Sutra turut mengeluarkan lima lagi semburan aromaterapi lain, iaitu Sweet Lavender, Citrus Berry, Rose Sensation, Heritage dan Glory, yang mempunyai fungsi masing-masing.

Continue reading “SUTRA semburan pelbagai guna.”