Temui dan kenali produk SUTRA di MAHA 2016

Pameran MAHA 2016 kini kembali!

SUTRA SHOPPE juga akan berada di sana. Pastikan anda ke Hall C, B01 dan B02 untuk dapatkan pelbagai produk SUTRA pada harga promosi. Bukan itu sahaja terdapat banyak pertandingan yang akan diadakan di antaranya adalah Pertandingan Teka Silang Kata, Pengunjung Bertuah, Happy Hour 15%, Pertandingan Mewarna, Selfie Paling Kreatif dan banyak lagi.

Jumpa di sana! poster poster1

SUTRA semburan pelbagai guna.

Semburan pelbagai guna

Semburan pelbagai guna

Mohd Khairil bersama produk semburan aromaterapi pelbagai guna jenama Sutra.

DAUN  pandan selalunya menjadi tumpuan apabila tibanya majlis perkahwinan kerana dijadikan bunga rampai sebagai wangian disebabkan harumannya yang tahan lama.

Daun itu juga menjadi antara komponen penting dalam masakan seperti nasi lemak, pengat dan kuih-muih sebagai penambah aroma, selain digunakan untuk menghalau serangga, menghilangkan bau hapak di dalam almari dan bau yang kuat, seperti durian.

Melihat keperluan itu, ia memberikan ilham kepada penyelidik, yang juga Pengarah Urusan Tropical Bioessence Sdn Bhd, Mohd Khairil Said, mencipta produk berasaskan daun pandan dikenali sebagai semburan aromaterapi pelbagai guna, Tropical Pandan, menerusi jenama Sutra.

“Kita sedar, daun pandan sukar ditemui di bandar-bandar besar. Menerusi semburan aromaterapi pelbagai guna, Tropical Pandan, ia memudahkan pengguna kerana inovasi yang dilakukan melalui pengekstrakan daun pandan, sebelum dibotolkan dan digunakan,” katanya.

Mohd Khairil mengambil masa dua tahun, bermula 2008, untuk mengekstrak daun pandan kepada pati pandan yang kekal harumannya.

“Berdasarkan kaedah penyulingan atau pengekstrakan biasa sebagai contoh, bunga, kita boleh dapat minyak keluar, tetapi ekstrak daun pandan pula lain kerana ia berasaskan air menjadikan ia sukar diekstrak bagi mendapatkan patinya.

“Banyak kali kami cuba, dengan pelbagai kaedah pengekstrakan. Pernah suatu masa, pati pandan yang terhasil, tidak wangi seperti daun pandan. Rupa-rupanya, masa penuaian mengambil peranan dalam hal ini. Masa terbaik menuai daun pandan adalah pada waktu pagi, sebelum matahari terbit,” katanya.

Beliau akhirnya berjaya mengekstrak daun pandan menggunakan bioteknologi pada 2010.

“Setakat ini, tiada lagi pihak mengekstrak daun pandan guna bioteknologi seperti yang kami lakukan. Selepas itu, kami simpan pati ini selama dua tahun untuk menguji kestabilan pati dari segi perubahan warna dan bau pati pandan.

“Bagi menghasilkan semburan ini, sekali lagi kami terpaksa melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D), bagi menghilangkan warna hijau, tetapi mengekalkan harumannya. Ia bukan suatu perkara yang mudah untuk dilakukan,” katanya.

Mudah dibawa

Pada November 2013, semburan aromaterapi pelbagai guna, Tropical Pandan jenama Sutra mula dijual di pasaran.

Menariknya, semburan aromaterapi itu mempunyai pelbagai fungsi, bukan sahaja sebagai penyegar udara untuk nyah bau dan beri kesegaran, atau penghalau serangga, malah ia juga digunakan sebagai wangian fabrik.

Ia juga sesuai digunakan untuk membersihkan permukaan meja dan kaca, selain membantu kekemasan pakaian ketika diseterika.

Mohd Khairil berkata, produk itu boleh digunakan di dalam rumah, pejabat, mahupun kenderaan.

“Semburan ini juga boleh digunakan sebagai tambahan haruman bunga rampai yang digunakan semasa majlis perkahwinan, menggantikan daun pandan.

“Produk ini juga ringkas, mudah dibawa dan boleh digunakan bila-bila masa, sesuai dengan konsep jenama Sutra, yang dicipta bagi menghilangkan stres mengimbangi fizikal, mental dan emosi dalam kehidupan seharian, berasaskan wangian,” katanya.

Menurutnya, semburan aromaterapi Tropical Pandan itu menggunakan sepenuhnya pati pandan, dicampurkan dengan air dan pelarut, menjadikan harumannya kekal seperti daun pandan yang asli.

“Bagi menghasilkan 1 kilogram (kg) pati pandan, ia memerlukan 125 hingga 150 kg daun pandan. Dengan 1 kg pati pandan ini, ia mampu menghasilkan 1,000 botol semburan aromaterapi Tropical Pandan,” katanya.

Permintaan tinggi

Disebabkan penggunaannya pelbagai, semburan aromaterapi Tropical Pandan jenama Sutra menerima permintaan tinggi di pasaran.

Mohd Khairil berkata, setiap minggu, kira-kira 5,000 botol produk itu terjual di pasaran di negara ini, selain Singapura dan Brunei.

“Kami menjualnya menerusi 375 stokis dan ejen yang dilantik. Selain itu, kami juga mempunyai sebuah kedai dikenali sebagai Sutra Shoppe di Seremban 2, Negeri Sembilan.

“Kami bakal buka dua lagi cawangan Sutra Shoppe di Shah Alam, Selangor dan Johor tidak lama lagi bagi meluaskan pasaran produk ini dan produk jenama Sutra lain,” katanya.

Semburan aromaterapi pelbagai guna Tropical Pandan itu dijual pada harga RM20 sebotol, mengandungi 200 mililiter.

Selain semburan pandan, jenama Sutra turut mengeluarkan lima lagi semburan aromaterapi lain, iaitu Sweet Lavender, Citrus Berry, Rose Sensation, Heritage dan Glory, yang mempunyai fungsi masing-masing.

Continue reading “SUTRA semburan pelbagai guna.”