Mengapa minyak urutan aromaterapi begitu istimewa ?

Tahukah anda ? Saya mula jatuh hati terhadap produk aromaterapi SUTRA ini ketika diperkenalkannya kira-kira 7 tahun dahulu ketika saya baru pulang ke tanahair dari negeri matahari terbit iaitu Jepun. Minyak urutan SUTRA yang saya guna untuk pertama kali adalah Soothing dan Captivating. Mengapakah saya jatuh hati ? Mari sama-sama kita kenali lebih mendalam keistimewaan setiap jenis minyak urutan aromaterapi SUTRA ini.

SUTRA MASSAGE OIL Continue reading “Mengapa minyak urutan aromaterapi begitu istimewa ?”

SUTRA SHOPPE – Gerai Mesra Alam

Menyedari permintaan pengguna yang inginkan produk berasaskan bahan semula jadi dan mudah diperoleh, syarikat pengeluar pati asli tumbuh-tumbuhan semula jadi, Tropical Bioessence Sdn Bhd (TBESB) kini memperkenalkan SUTRA SHOPPE, gerai mesra alam dengan penampilan gaya urban dan kontemporari.

Sejak diperkenalkan tiga tahun lalu, produk berasaskan aromaterapi ini hanya dipasarkan melalui lantikan ajen atau wakil penjual. Bagaimanapun, kini pengguna berdekatan boleh mendapatkan produk Sutra di rak moden yang dikenali sebagai Sutra Shoppe.
Menurut Pengarah Urusan TBESB, Mohd Khairil Said, perkembangan terbaru ini inisiatif syarikat melangkah setapak lagi dalam usaha meletakkan jenama ini setaraf jenama global.
“Kewujudan Sutra Shoppe akan menjadi platform kepada pengguna mengenali lebih dekat, sekali gus mencapai sasaran jualan,” ujarnya pada majlis pelancaran Sutra Shoppe, baru-baru ini yang dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd, Datuk Dr Mohd Nazlee Kamal.

SUTRA SHOPPE - Harian Metro 24 Sep 2015

Hadir sama, Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Selangor, Rusnah Yusoff serta stokis dan pe­ngedar seluruh negara.
Mohd Khairil menambah, pihaknya menyasarkan lima Sutra Shoppe dibuka di beberapa lokasi menjelang hujung tahun ini dengan mencapai unjuran jualan sebanyak RM10 juta.

Continue reading “SUTRA SHOPPE – Gerai Mesra Alam”